Monday, April 16, 2007

Selangor rancang Lembah Klang kedua


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan mewujudkan Lembah Klang kedua berkonsep bandar Venice di Itali dan Gold Coast, Australia, dalam usaha mengurangkan kesesakan dan kepadatan penduduk di Lembah Klang.
Pembangunan itu yang berkonsepkan kota di kelilingi air serta dijangka siap dalam 15 tahun, akan membabitkan kawasan Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kepadatan penduduk dan kesesakan di Petaling Jaya dan Lembah Klang sudah kritikal, manakala banjir sukar ditangani dengan berkesan.

Katanya, pembangunan Lembah Klang kedua itu dapat menangani banjir di Kuala Lumpur, selain menjadi pencetus kepada pembangunan lebih pesat di luar bandar.

“Kita mengambil contoh bandar Venice di Itali serta Gold Coast, Queensland dan pembangunan Lembah Klang kedua ini akan membabitkan kawasan seluas 16,000 hektar,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Satu Rumah Satu Pokok Peringkat Selangor 2007, di Ara Damansara di sini, semalam.

Dr Mohamad Khir berkata, buat permulaan, kerajaan negeri sedang membina satu terusan yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat sepanjang 16 kilometer (km) dan dijangka siap dalam dua tahun.

“Projek terusan ini dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta dan membabitkan perbelanjaan RM1 bilion, dijangka mampu mengatasi masalah banjir untuk 100 tahun akan datang,” katanya.

Mengenai projek pembekalan air dari Pahang ke Selangor, Dr Mohamad Khir berkata, ia kini pada peringkat akhir iaitu penetapan harga dan menunggu surat daripada kerajaan Pahang.

(Petikan dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20070415225609/Article/)

Isk takutnya konsep ini, kenapa kena tiru konsep bandar obersea?
atau reporter salah faham?
atau aku yg salah faham?
adakah sesuai konsep tersebut dengan budaya kita di Malaysia?
adakah sesuai konsep tersebut dengan iklim dan persekitaran di Malaysia?
kenapa Venice macam tu?
kenapa Gold Coast, Queensland
aduhai Malaysia.. suka meniru..

No comments: